WELCOME 
T
O

SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA HASAN

 Jalan Ban 5, Mukim Kilanas BF 2520 Negara Brunei Darussalam

Nabi Musa, Seorang Wanita & Sembahyang Tiang Agama

(Source: Email) 

PADA suatu senja, seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam dukacita.

Kulit wanita itu bersih. Badannya ramping dan wajahnya ayu. Namun, kesedihannya tidak dapat diceriakan dengan wajahnya yang cantik itu.

Kepedihan dan kesedihan yang amat sangat jelas terbayang pada wajah wanita itu.



Wanita itu bagaikan hilang punca dan tidak tahu apa hendak dilakukan bagi mengubati kelukaannya.

Dia kemudian melangkah perlahan-lahan menghampiri rumah Nabi Musa. Diketuknya pintu rumah Nabi Musa perlahan-lahan sambil memberi salam.

Apabila mendengar salam itu, Nabi Musa membalasnya dan mempersilakan wanita itu masuk ke rumahnya.

Perempuan cantik itu masuk ke rumah Nabi Musa sambil kepalanya terus tunduk merendah diri.

Air matanya berderai ketika bersuara kepada Nabi Musa.

Katanya: “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?”tanya Nabi Musa terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” balas wanit itu.

Nabi Musa kemudian berkata: “Katakanlah jangan ragu-ragu!"

Wanita itu dalam nada suara rendah kemudian bercerita: “Saya telah berzina.”

Nabi Musa terkejut, hatinya tersentak mendengar pengakuan wanita itu.

Wanita itu kemudian meneruskan ceritanya: “Hasil perzinaan itu saya hamil. Selepas anak itu lahir, saya cekik lehernya hingga mati.”

Wanita itu terus menangis selepas menceritakan hal itu kepada Nabi Musa.

Nabi Musa marah dengan apa yang dilakukan oleh wanita itu. Dengan muka yang berang dia mengherdik wanita itu: “Perempuan jahat, pergi kau dari sini, agar seksa Allah tidak datang ke rumahku kerana perbuatanmu.

“Pergi kau dari sini.”

Hancur luluh hati wanita itu apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut Nabi Musa.

Secara perlahan-lahan dengan hati yang sayu, wanita itu melangkah keluar dari rumah Nabi Musa.

Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu ke mana lagi hendak mengadu nasib.

Hatinya bertambah pilu apabila seorang Nabi pun menolaknya, apa lagi manusia biasa? Siapa yang sudi menerima dan mendengar kesedihannya?

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Selepas wanita itu meninggalkan rumah Nabi Musa, Jibril turun menemui baginda.

Jibril bertanya kepada Nabi Musa: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat daripada dosanya?

“Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya? "

Nabi Musa terperanjat. Katanya: "Dosa apakah yang lebih besar daripada kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?"

“Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang keji itu?"

“Ada!" jawab Jibril tegas.

“Dosa apakah itu?" tanya Musa yang ingin tahu mengenainya.

Jibril menjawab: "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal.

“Dosa orang itu lebih besar daripada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya.

Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon keampunan kepada Allah untuk perempuan itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

Ini bererti orang itu seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Dalam hadis Rasulullah disebutkan orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya dalam Kaabah.

Dalam hadis lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat hingga terlewat waktu, kemudian dia mengqadanya, maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub.

Satu huqub adalah 80 tahun. Satu tahun ada 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Solat itu tiang agama dan kemuncak nilai atau etika kehidupan Muslim Ia ialah satu bentuk ibadat yang penuh dengan hikmah dan falsafahnya. Allah berfirman bermaksud : “Sesungguhnya solat itu ialah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah an-Nisa, ayat 103)

Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Islam tertegak atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat; mengerjakan haji dan puasa pada Ramadan."

Agama Islam diibaratkan oleh Rasulullah sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang.

Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah. Empat tiang lagi ialah tiang sokongan yakni satu tiang pada tiap satu penjuru khemah itu.

Tanpa tiang tengah, maka tiang itu tidak boleh ditegak dan sekiranya mana-mana satu daripada tiang sokongan yang di penjuru itu hilang, maka runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu.

Kini marilah kita lihatlah dengan mata sendiri sejauh manakah kita tegakkan agama Islam itu.

Apakah akan berlaku jika meninggalkan salah satu daripada Rukun Islam, contohnya solat? Pastinya, khemah itu akan roboh.

Mengenai orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti dia masih mempunyai iman di dadanya. Dia menyesal atas perbuatannya kerana sudah melanggar perintah Allah. Dia juga tahu melakukan kesalahan di sisi agama dan mengakui kesalahannya.

Orang yang bertaubat itu sedar bahawa Allah akan membalas kejahatannya dan oleh itu mahu bertaubat serta berikrar tidak akan melakukannya lagi.

Taubat bermaksud kembali kepada Allah dengan melepaskan ikatan perlakuan dosa secara berterusan dari hati yang ikhlas kemudian bangun dengan melaksanakan perintah Allah. Allah telah memerintahkan kepada seluruh orang yang beriman untuk bertaubat.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman nescaya kamu beruntung.” (Surah an-Nur, ayat 31)

Malah, Allah menyifatkan orang yang tidak mahu bertaubat termasuk dalam golongan yang zalim.

Firman-Nya bermaksud: “...Dan barang siapa yang tidak mahu bertaubat, mereka itulah orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat, ayat 11)

Taubat adalah penyucian diri daripada segala dosa yang dilakukan oleh seorang hamba terhadap Tuhannya sama ada disengaja atau tidak. Taubat adalah meninggalkan segala amalan maksiat yang dilakukan dan digantikan dengan amalan kebajikan.

Taubat mempunyai beberapa syarat dan rukun-rukunnya. Barang siapa yang meninggalkan dosa semata-mata tanpa melakukan segala perbuatan yang disukai dan dicintai oleh Allah, maka ia tidak dipanggil orang yang bertaubat. Melainkan dia kembali dan mara menuju ke arah rahmat Allah.

Antara syarat bertaubat ialah segera meninggalkan dosa, menyesali dosa yang dilakukannya, berniat tidak mengulanginya lagi serta mengembalikan hak orang yang dizaliminya atau meminta halal daripadanya.

Taubat hendaklah dilakukan semata-mata kerana Allah dan bukan kerana sebab lain seperti kerana takut celaan orang.

Oleh itu, orang yang hendak bertaubat mestilah menyesali perbuatan dosanya, menghilangkan segala keinginan berbuat dosa dan menyesali kelengahan taubatnya.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Menyesal itu adalah taubat.” (Hadis riwayat Ahmad Ibn Majah) Di samping itu, hendaklah dia merasakan bahawa dosa itu adalah keji dan sangat berbahaya. Ini bererti taubat yang benar tidak mungkin disertai dengan perasaan senang apabila teringat dosa-dosanya yang lalu.

Orang yang bertaubat hendaklah yakin bahawa Allah Maha Pengampun walaupun dia melakukan dosa sebesar gunung kerana rahmat Allah amat luas.

Firman Allah bermaksud: “Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu.” (Surah al-A’raf, ayat 156).

Hadis Rasulullah juga menjelaskan bahawa orang yang bertaubat daripada dosanya bagaikan orang yang tidak mempunyai dosa sama sekali.

Taubat mempunyai kedudukan yang tinggi dan seseorang hamba memerlukan taubat setiap masa dan ketika selagi hayat dikandung badan.

Rasulullah menyeru umatnya supaya memperbanyakkan beristighfar dan Baginda sendiri memohon ampun dan beristighfar lebih 70 kali sehari.

Sabda Rasulullah bermaksud : “Bertaubatlah kamu kepada Tuhan kamu, sesungguhnya aku sentiasa memohon ampun kepada Allah dalam satu hari lebih 70 kali.”

Saidatina Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah mengapa Baginda banyak melakukan ibadat dan beristighfar, sedangkan Allah telah mengampunkan segala dosa Baginda yang lalu dan segala dosa di belakang hari. Jawab Baginda: “Wahai Siti Aisyah! Apakah tidak wajar aku ini menjadi seorang hamba yang amat bersyukur kepada Tuhannya?”

Fikir dan renungkanlah. ..!!!

SEDAKAH JARIAH- KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR

 

Rasulullah SAW bersabda, 'Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya
terputus kecuali tiga     hal iaitu:-
   1] Shadaqah jariah
   2] Ilmu yang bermanfaat
   3] Anak shalih yang mendoakannya. (HR. Muslim, Abu Dawud ,
At-Tirmidzi , Nasa'i dan Ahmad )   

    SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR 
AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU 


1.       Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda
mendapatkan hasanah 
Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you
will gain hasanaat 


2.       Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit     
menggunakannya, anda dapat hasanah 
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it,
you will gain hasanaat 


3.       Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang 
Share constructive reading material with someone 


4.       Bantu Pendidikan seorang anak 
Help in educating a child 


5.       Ajarkan seseorang sebuah do'a. 
     Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah 
Teach someone to recite a doa . With each recitation, you will gain
hasanaat 


6.       Berbahagi CD Quran atau Do'a 
Share a doa or Quran CD 


7.      Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta 
Participate in the building of a mosque   thru wealth or strength 


8.      Letakkan   pendingin air di tempat umum 
Place a water cooler in a public place 


9.       Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung 
       dibawahnya, anda dapat hasanah 
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or
eats from the tree, you will gain hasanaat 


10.   Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan
salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat. 
Share this with someone. If one person applies any of the above you
will receive your hasanaat until the Day of Judgment 

Rahsia Surah Yassin Ayat ke 58

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58 
utk dikongsi bersama;
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut 
"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

  

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku 
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, 
kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh 
    dan mencintai islam 
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, 
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
   dan berjaya didunia dan akhirat. 
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, 
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
   dapat ini 
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, 
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
  dan miskin 
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, 
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
  beriman kesihatan zahir batin 
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan
  redhaikanlah aku..... 

AMINnnnn. 

title

Add your main content here - text, photos, videos, addons, whatever you want!

[TAZKIRAH] Bulan Zulhijjah

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W
 yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih
 di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai kepada
 Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah).
 Maka perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir maka
 sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan
 berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai
 puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda.
 Hadis isnadnya hasan dikeluarkan oleh imam al-Baihaqi.
 
 Disebut oleh imam Sayuti - Daripada Abi Qatadah al-Ansari
 bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari
 Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang
 bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun
 akan datang.
 - Sahih Muslim)
 
 Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda;
 "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak
 membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9
 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)
 
 
 Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi
 berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10
 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih
 korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah
 menjalankan agama kita." (Sahih Muslim) 

MEMBUKA PINTU REZEKI

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata....

" Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)"...... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus-putus mendoakan kedua ibu bapanya (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

QURAN DID NOT BURN INSIDE THE BURNING CAR

 

Quran did not Burn inside the burning Car 
 http://www6.0zz0.com/2009/03/31/05/367248768.jpg

 

http://www6.0zz0.com/2009/03/31/05/515776800.jpg 

http://www6.0zz0.com/2009/03/31/05/833426436.jpg

لا اله إلا الله محمد رسول الله 

 

 

 

 


 

10 WASIAT IMAM SYAFIE

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: 

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." 

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur,mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. 

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR 
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. 

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) 
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak. 

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) 
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. 

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama mengamalkannya. 


"Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin.."

TELADAN: KISAH SI IBLIS

Part 1 - Iblis kunjungi Rasulullah
DARIPADA Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas r.a., "Ketika kami bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah, 'Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku'."Rasulullah SAW bersabda, "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"
Kami menjawab: "Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih tahu."Baginda melanjutkan, "Itu Iblis, laknat Allah SWT bersamanya."
Umar bin Khattab berkata, "Izinkan aku membunuhnya, wahai Rasulullah."

Nabi menahannya, "Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahawa Allah SWT memberinya kesempatan sehingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya sebab dia sudah diperintahkan untuk ini. Fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas r.a. kemudian memaklumkan: "Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang orang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya ada tujuh helai rambut seperti rambut kuda, taringnya kelihatan seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi."

Iblis berkata, "Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu hadirin."
Nabi menjawab, "Salam hanya milik Allah SWT. Sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu?"

Iblis menjawab, "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."
"Siapa yang memaksamu?" tanya Nabi.

Iblis menjawab, "Seorang malaikat utusan Allah SWT mendatangiku dan berkata, "Allah SWT memerintahmu mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad mengenai caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah SWT, andai kau berdusta satu kali saja, Allah SWT akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

Part 2 - Iblis gentar
IBLIS gentar dengan soalan Nabi Muhammad ketika diarah bertemu baginda oleh Allah dan di bawah ini adalah sebahagian lagi daripada keseluruhan soalan perlu dijawab makhluk dilaknat itu:Amalan yang menyakiti iblis

Nabi Muhammad menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti makhluk dilaknat Allah itu.

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?" Iblis menjawab panas dan gementar lantas baginda bertanyakan mengapa.

Iblis menjawab, "Sebab setiap seorang hamba bersujud sekali kepada Allah dan Tuhan mengangkatnya satu darjat."

Baginda bertanya lagi, "Jika seorang umatku berpuasa, jika ia berhaji dan jika ia membaca al-Quran."
Iblis menjawab, "Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api."

Apabila ditanya jika seseorang umat Muhammad bersedekah, iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan membelah tubuhnya dengan gergaji.

Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab, "Sebab dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

Baginda meneruskan soalan: "Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"
Iblis menjawab, "Suara kuda perang di jalan Allah."
Soal baginda seterusnya, "Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"
Iblis menjawab, "Taubat orang yang bertaubat."

Nabi Muhammad meneruskan soalan: "Di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?"
Dan dijawab iblis, "Di bawah kuku manusia."

Part 3 - 70,000 anak bantu iblis
IBLIS yang dilaknat Allah SWT akan melakukan pelbagai cara untuk menggoda umat Nabi Muhammad SAW ke arah kelalaian dan pelbagai perkara maksiat lain.Makhluk laknat terbabit pernah bertamu kepada Rasulullah SAW selepas diarah berbuat demikian oleh Allah SWT bagi menjawab setiap persoalan ditanyakan baginda. Berikut adalah sambungan pertanyaan dan jawapan diberikan Iblis:

Rasulullah SAW lalu bersabda, "Segala puji bagi Allah SWT yang membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu."

Iblis segera menyampuk: "Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup sehingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberiku kesempatan sehingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh kecuali hamba Allah SWT yang ikhlas."

Rasulullah terus bertanya Iblis siapa yang ikhlas menurut makhluk laknat terbabit dan dijawab: "Tidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas."

"Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya."

"Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

"Tahukah kamu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan?"

"Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanita tua, sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid."

"Aku punya anak yang suka kencing di telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah."

"Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus."

"Aku punya anak yang senang ada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia hebohkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus."

"Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya lalu menghiasinya supaya setiap orang memandangnya. Syaitan juga berkata, 'Keluarkan tanganmu', lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan menghiasi kukunya."

"Mereka (anak-anakku) selalu menyusuri dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lain serta daripada satu pintu ke pintu lain untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas daripada keikhlasan mereka.

"Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa."

"Tahukah kamu Muhammad bahawa ada rahib yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga dia berzina, membunuh dan kufur," terang Iblis kepada Rasulullah SAW.Part 4 - Pendusta sahabat iblis
IBLIS laknat menganggap dirinya lebih mulia daripada manusia dan enggan tunduk kepada Nabi Adam tetapi akhirnya terpaksa bertamu kepada Nabi Muhammad SAW atas perintah Allah SWT untuk memberikan jawapan setiap persoalan dilontarkan junjungan mulia.Berikut adalah sambungan jawapan diberikan Iblis dengan pengakuan bagaimana dia menggoda manusia."Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku."

"Tahukah kau Muhammad, aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatiNya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku."

"Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya maka ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar."

"Sebab, barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu sehingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, cerai."

"Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka melewatkan solat. Setiap kali ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu. Maka solat itu dipukulkan ke mukanya."

"Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'Lihat kiri dan kananmu,' ia pun menoleh. Pada saat itu aku usapnya dengan tanganku dan ku cium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah.' Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul."

"Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Ia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjemaah, aku ikat lehernya dengan tali sehingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam atau meletakkannya sebelum imam."

"Kamu tahu bahawa melakukan itu membatalkan solatnya dan wajahnya akan diubah menjadi wajah keldai. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya sehingga ia menguap dalam solat."
"Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan ia pun semakin taat padaku."

"Kebahagiaan apa untukmu sedang aku memerintahkan orang miskin supaya meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'Kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat.' 'Orang sakit dan miskin tidak wajib dan jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.' Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan."

"Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu. Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka daripada Islam?" kata iblis.

Itu semua cara digunakan iblis untuk menggoda manusia menjadi kuda tunggangannya di akhirat kelak. Umat Islam digalakkan bermuhasabah diri dan memikirkan kembali apa yang perlu dilakukan supaya setiap ibadat dapat dijalankan dengan khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT bukannya sesama manusia.

Bahagian akhir iblis bertamu kepada Nabi Muhammad SAW akan disiarkan minggu depan, insya Allah.Kalau saya lupa, tolong peringatkan!-- - BawangGoreng -LAMAN SERiLiTTLE KiOSK¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤Firman Allah SWT :[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

-----------------
PANDUAN & NASIHAT
-----------------

Dalam sepotong ayat dan sepotong hadis ada menerangkannya:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang
 yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong."
(An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah
 Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."
(Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)